Telah ditubuhkan pada JUN 2009. Pemilik Syarikat ini adalah dua orang wanita yang berinspirasi tinggi. Seorang daripadanya merupakan graduan Diploma Kejuruteraan Awam di Politeknik Shah Alam. Syarikat ini ditubuhkan di atas status Pemilikan Perkongsian. Ditubuhkan di atas inisiatif dan keunggulan diri untuk bersaing dengan mereka yang sudah berada di dalam pasaran yang teguh dan kukuh dipasaran.
Walaupun baru berusia tidak sampai dua bulan, namun syarikat ini telah menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan. Perkhidmatan yang telah dijalankan buat sementara ini adalah pembersihan rumah dan pejabat. Namun begitu syarikat ini masih mencari peluang untuk mengembangkan lagi perkhidmatan dalam bidang pembersihan dengan berskala besar seperti kilang dan hospital serta pejabat-pejabat berstatus koporat.
CRYSTAL AL-QADRI SERVICES sentiasa berusaha untuk maju kehadapan. Walaupun mempunyai kekangan yang hebat dari syarikat-syarikat yang telah terlebih dahulu maju dalam bidang ini namun ini tidak mematahkan semangat syarikat ini untuk terus maju lagi.